Lantik Hamzah Timbalan Presiden Keputusan Tepat Bersatu

KUALA LUMPUR 29 APR 25,- Keputusan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai timbalannya satu tindakan tepat, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Aktivis politik itu melihat, keputusan itu sebagai langkah bijak kerana kewibawaan beliau sebagai ketua pembangkang yang terbaik buat masa ini.

“Reaksi dari akar umbi khususnya generasi baru amat positif apabila parti Bersatu menamakan Hamzah sebagai timbalan presiden ,” katanya, dalam satu kenyataan.

Khairuddin turut mencadangkan Bersatu membuka penyertaan kumpulan bukan kerajaan (NGO) dan parti kecil Melayu menyertai mereka dalam usaha mendapatkan penyatuan berskala besar di bawah payung Perikatan Nasional (PN).

“Menggabungkan semua pertubuhan orang Melayu di bawah payung PN amat penting bagi menempa kejayaan PN secara lebih gemilang,” katanya.

Orang Melayu katanya sedang menunggu signal ini untuk melihat penyatuan Melayu secara berskala besar di bawah platform PN.

“Orang-orang Melayu ingin melihat penyatuan Melayu secara mantap dan menyeluruh di bawah organisasi PN.

“Sekiranya ini berlaku percayalah pada PRU16 kelak PN bakal meraih sokongan dari orang-orang Melayu secara mutlak,” katanya.

November lalu, dua jawatan tertinggi dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah diumumkan sebagai menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti bagi tempoh 2024-2027, dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatan Presiden dan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menang tanpa bertanding, dilantik sebagai Timbalan Presiden. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share