Tun Mahathir Semakin Pulih, Dijangka Kembali Aktif – Mukhriz

PUTRAJAYA | 12 Mac 26 – Presiden Parti Pejuang Tanah Air, Mukhriz Mahathir memaklumkan keadaan kesihatan bapanya, Mahathir Mohamad, kini semakin baik dan menunjukkan perkembangan pemulihan yang positif.

Menurut beliau, proses pemulihan bekas Perdana Menteri itu sememangnya mengambil masa dan perkembangan tersebut sudah dijangka oleh keluarga sejak awal.

“Tun M sekarang semakin baik, semakin pulih. Proses itu memang makan masa dan kita dah jangka perkara itu dari awal,” katanya.

Mukhriz berkata, Mahathir kini telah dibenarkan pulang ke rumah namun masih menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau juga optimis bapanya akan kembali aktif seperti biasa selepas melalui tempoh pemulihan yang mencukupi.

“Saya ingat dalam tempoh mungkin beberapa bulan nanti dia akan aktif macam dulu,” katanya lagi.

Januari lalu, Mahathir disahkan mengalami patah tulang pinggul kanan selepas terjatuh di kediamannya pada 6 Januari. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Peguam Gesa AG Campur Tangan Isu Albert Tei

Haniff Khatri berkata, ini kerana rakaman video yang didedahkan menunjukkan wujud dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mempunyai pengetahuan berhubung isu skandal mineral Sabah.
Read More

MINDEF Akur Arahan PM Beku Sementara Perolehan

Seiring dengan pendirian kerajaan memperkukuh integriti, MINDEF turut memaklumkan bahawa kementerian sedang meneliti langkah-langkah penambahbaikan terhadap proses perolehan, seperti yang diumumkan awal minggu ini, bagi memperkukuh tadbir urus dan mengelakkan sebarang ketirisan pada masa hadapan.
Read More
Total
0
Share