Ulasan Artikel – Mata Terbuka, Tetapi Buta?

Minggu lalu menyaksikan beberapa perkembangan yang mengundang persoalan tentang sejauh mana pihak berkuasa benar-benar “melihat” realiti. Isu bermula dengan pusat beli-belah yang cuba menjadi pet friendly, membenarkan anjing masuk premis.

Tindakan yang segera mencetus kontroversi dalam kalangan Muslim itu membangkitkan persoalan: adakah kepentingan majoriti diambil kira, atau hanya untuk memenuhi kehendak minoriti? Penulis menegaskan, isu ini bukan semata-mata tentang anjing atau babi, tetapi mencerminkan kecenderungan pihak berkuasa terlalu buta terhadap sensitiviti sosial dan agama.

Artikel ini juga mengulas isu pelantikan Hannah Yeoh dan Lo Su Fui sebagai Menteri dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, yang mengundang kritikan dari PAS dan beberapa pemimpin Melayu. Pelantikan itu dilihat sebagai over-centralisation kuasa dan berpotensi merugikan kepentingan Bumiputera bandar.

Malah katanya, PM Anwar Ibrahim dilihat memihak dalam menegur kritikan, menyerang hanya pihak tertentu sementara membiarkan UMNO yang mengangkat isu serupa. Hasilnya, majoriti Melayu bandar nampak jelas potensi kerugian mereka, namun minoriti pro-kerajaan masih gagal melihat realiti politik ini.

Turut diulas, isu perjanjian Anwar-Trump (perjanjian perdagangan Timbal Balik Malaysia-AS) yang membuktikan keputusan strategik penting sering dibuat tanpa kefahaman penuh terhadap implikasi jangka panjang.

Menteri MITI baharu, telah menegaskan bahawa ia tidak boleh dibatalkan, walaupun AGC sebelum ini menyatakan sebaliknya.

Penulis menekankan bahawa Perjanjian Anwar-Trump bukan sahaja menjejaskan kedaulatan negara, tetapi menampakkan kelemahan pemimpin terdahulu yang membela keputusan berat sebelah walaupun jelas merugikan Malaysia.

Kesemuanya, samada dalam hal budaya, pelantikan politik, atau dasar ekonomi antarabangsa, keputusan yang dibuat tanpa memahami realiti sebenar akan menimbulkan kerugian kepada rakyat dan negara.

Artikel ini mahu mengingatkan bahawa kuasa tanpa kefahaman, bukan kuasa; ia hanyalah kebutaan di tengah cahaya, melihat tetapi tidak memahami.

Dalam era politik yang semakin kompleks, pembuat dasar dan pemimpin negara mesti belajar membaca situasi sebenar, bukan sekadar memaparkan fakta atau naratif rasmi, jika tidak, rakyatlah yang akan membayar harga ketidakfahaman itu. @analitiko

Ini merupakan ulasan kepada rencana di The Malaysian Reserve – Friday Jottings: Their eyes are open, yet they see not yang ditulis oleh Shamsul Akmar, Pengarang TMR

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Melayu Bersatu: Pencetus Nasionalisme Abad 21

Melayu yang kecewa dengan DAP atau PKR; yang marah dengan UMNO; dan ahli Amanah yang enggan dijadikan kuda tunggangan kepada kumpulan anti-Melayu; pun boleh mendukung misi penyatuan Melayu, dan menyemarakkan nasionalisme Melayu di era mutakhir.
Read More
Total
0
Share