Kenyataan Muhyiddin Membingungkan?

Penafian Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam video tular menimbulkan persoalan besar, bukan kerana apa yang dinafikan, tetapi mengapa penafian itu dibuat.

Ini kerana pada peringkat awal, Armada Johor telah tampil menjelaskan bahawa video tersebut telah disunting dan langsung tidak menyebut nama Muhyiddin.

Kenyataan awal Armada Johor itu sepatutnya menutup polemik, kerana dakwaan dalam video berkenaan tidak merujuk secara langsung kepada mana-mana individu, apatah lagi Muhyiddin.

Namun, denga tiba-tiba, tindakan Muhyiddin yang kemudiannya tampil menafikan tuduhan bahawa beliau “mencuri duit parti” seperti yang didakwa oleh Tun Mahathir dalam video tersebut telah membuka semula persoalan: jika namanya tidak disebut, mengapa perlu penafian khusus dibuat?

Di sinilah penafian Muhyiddin menjadi membingungkan dan mengundang tafsiran politik. Penafian itu secara tidak langsung memberi gambaran bahawa beliau menganggap dirinya sasaran sebenar dakwaan, walaupun perkara tersebut tidak pernah dinyatakan secara terbuka oleh Mahathir dalam video berkenaan.

Dalam politik persepsi, reaksi sebegini sering dianggap sebagai self-incrimination by response — bukan bukti bersalah, tetapi kesilapan strategik yang menguatkan syak wasangka awam.

Kekeliruan ini semakin ketara apabila aktivis politik Chegu Bard hari ini tampil mempersoalkan kenyataan Muhyiddin, sekali gus mengukuhkan hujah bahawa penafian tersebut bukan sahaja tidak menyelesaikan isu, malah membuka ruang kepada polemik baharu.

Soalan asas yang kini bermain di fikiran umum ialah: adakah Muhyiddin bertindak terlalu defensif, atau penafiannya mendedahkan kegagalan mengurus naratif politik dengan cermat?

Hakikatnya, jika kenyataan Armada Johor benar bahawa video tersebut disunting dan tidak menamakan sesiapa, maka penafian Muhyiddin bukan sahaja tidak perlu, malah memberi nyawa baharu kepada dakwaan yang sebelum itu masih bersifat umum.

Dalam konteks ini, penafian Muhyiddin kelihatan lebih sebagai kesilapan komunikasi politik berbanding usaha membersihkan nama, sekali gus menjadikan isu ini terus berlarutan di ruang awam. Persoalan integriti politik Muhyiddin, kini jadi taruhan. @analitiko

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

ATM: Dari Skandal Panglima ke Isu Moral ATM

Kesimpulannya, masalah ATM hari ini bukan sekadar skandal moral atau dakwaan rasuah individu, tetapi kegagalan sistem akauntabiliti. Tanpa mekanisme bebas seperti Ombudsman dengan kuasa sebenar, setiap skandal, sama ada melibatkan panglima atau anggota bawahan , akan terus berulang dalam kitaran yang sama.
Read More
Total
0
Share