UMNO Belum Terima Surat Letak Jawatan, PKR belum Terima Permohonan Zafrul

KUALA LUMPUR, 31 Mei 25 – UMNO masih belum menerima secara rasmi surat peletakan jawatan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, setakat ini, kata Setiausaha Agung, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi dalam satu kenyataan berkata, UMNO bagaimanapun memandang serius niat peletakan jawatan yang dimaklumkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Ketika mengulas isu tersebut, Asyraf berkata adalah tidak wajar mana-mana parti dalam kerajaan perpaduan untuk menerima keahlian daripada parti lain secara sewenang-wenangnya.

“Adalah amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya.

Tambahnya, ini bagi mengelak berlakunya ketidakharmonian dalam kalangan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan hingga tercetus pula prejudis dan prasangka.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Fuziah Salleh menyatakan sehingga kini belum menerima apa-apa permohonan daripada Tengku Zafrul.

Menurutnya,  semua permohonan keanggotaan parti KEADILAN dilakukan melalui kaedah memohon secara atas talian.

“Setiap permohonan akan melalui proses biasa, di mana selepas permohonan dibuat secara atas talian, ia akan diproses dan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Katanya.

“Permohonan tersebut akan dipertimbangkan sewajarnya sebelum keputusan dibuat dengan mengambil kira pelbagai sudut pandang, termasuk pandangan rakan rakan didalam Kerajaan Perpaduan serta pendapat akar umbi. Kataya.

Semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan meninggalkan UMNO dan meletakkan semua jawatan yang disandang beliau sejak menyertai UMNO tahun 1997.

Dalam satu kenyataan ringkas menerusi status facebook miliknya, beliau turut mengumumkan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

2 Lagi Bahagian di Perak Bubar

Krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terus merebak apabila dua lagi bahagian di Perak mengumumkan peletakan jawatan semua barisan kepimpinan, sekaligus terbubarnya bahagian tersebut.
Read More

Dana NGO Untuk Politik Kini Jadi Budaya, Kata Mahasiswa PKR

“Ramai anak muda tak sedar pun apa yang mereka buat itu sebenarnya ada unsur rasuah dan politik wang. Sekarang ini ada trend besar, anak muda tubuh NGO, dan NGO ini akan bergerak bersama ahli politik tertentu. Ada dana yang masuk, dan akhirnya NGO itu digunakan untuk jalankan kerja parti.
Read More
Total
0
Share