UPU Teruji Dan Berkesan Saring Kemasukan Ke IPTA, Kata Saifuddin

KUALA LUMPUR, 14 Sep 25 — Proses saringan Unit Pusat Universiti (UPU) yang diperkenalkan pada 1972 sudah melalui pelbagai penjenamaan semula dan terbukti sebagai sistem yang ‘telah diuji dan berkesan’ kata bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Kenyataan itu berikutan Saifuddin yang juga ahli Parlimen Indera Mahkota mempertahankan sistem tersebut selepas seorang pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mengkritik sistem itu selepas gagal mendapat tempat di universiti awam dimahukannya.

“Dari segi kriteria paling mustahak iaitu integriti dan berasaskan merit, ia tidak wajar diragui,” kata Saifuddin, seperti dilapor FMT.

Edward Wong yang memperoleh CGPA 4.0 serta 99.9% kokurikulum namun gagal mendapat tempat di kursus perakaunan Universiti Malaya (UM) yang menjadi pilihan utamanya sebelum ni mengkritik sistem berkenaan.

Jabatan Pendidikan Tinggi bagaimanapun menjelaskan Wong hanya menduduki tangga ke-1,129 daripada 2,291 pemohon layak ke UM.

Sedangkan hanya 85 tempat disediakan untuk kursus perakaunan di IPTA tersebut.

Saifuddin berkata kegagalan Wong mungkin berpunca daripada beberapa faktor termasuk tidak mengambil subjek tertentu yang menjadi syarat penting bagi kursus perakaunan, seperti matematik.

Wong memperoleh gred A dalam pengajian am, ekonomi, perakaunan dan ICT.

“Walaupun beliau mendapat keputusan cemerlang STPM, peluang masuk ke universiti awam atau UM tidak bergantung kepada akademik semata-mata.

“Mungkin markah kokurikulumnya tidak 100% berbanding ramai calon lain yang dapat markah tertinggi itu,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share