URA agenda DAP Laksana Pilihan Raya PBT, dakwa PAS

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 25 — Perjuangan DAP melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dikhuatiri tercapai sekiranya Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar (URA) berjaya diluluskan di Dewan Rakyat nanti.

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, DAP tidak pernah mengabaikan usaha parti itu untuk tujuan tersebut.

“DAP berpuluh kali dalam manifesto berjanji bertekad untuk adakan PRU PBT dan mereka gagal.

“Sebab itu akta ini perancangan sangat halus yang tidak dibaca sebahagian besar masyarakat kita.

“Bila kita tak berhati hati, peringkat awal bila kita tahu RUU ini ambil pandangan Singapura kita dah boleh baca apa perancangan sebalik RUU ini,” dakwa Tuan Ibrahim dalam sesi ceramah penerangan membantah URA di Ampang, malam tadi.

URA katanya bukan sahaja merisikokan status tanah rezab Melayu di bandar tetapi turut meminggir komuniti miskin tanpa mengira latar belakang masing-masing.

“Pemilikan, peratusan penduduk asal. Secara tak langsung tak kira Melayu Cina, India, miskin akan keluar. Tak mampu beli (unit) baru, yuran servis bulanan tak mampu bayar.

“Pemaju untung berapa juta atas tanah tersebut. Keadilan mesti diberi kepada pemilik supaya jangan ada pihak ambil keuntungan untuk halau secara perlahan-lahan,” kata Tuan Ibrahim.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu me dakwa, URA bakal mengembalikan komposisi penduduk berasaskan pentadbiran British dahulu.

“Akhirnya sebagaimana penjajahan dulu bandar dikuasai orang Cina, India di estet, Melayu di kampung, maka timbul masalah besar pada masa depan,” katanya lagi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share