Oleh : Khairuddin Abu Hassan

Pengerusi veteran UMNO dan Ketua Pemuda Amanah adalah kalangan Melayu ‘cacat minda’ serta pengkhianat pada anak bangsa kerana mereka sekarang adalah ejen untuk memperkasakan parti DAP yang bakal menghancurkan kuasa politik Melayu di negara kita.
Presiden UMNO sedang mensucikan parti DAP dan Amanah dari dahulu lagi merupakan penyokong taksub DAP.
Saya tahu bagaimana parti Amanah begitu taksub dengan DAP kerana saya biasa menjadi ahli parti Amanah bertanding di kerusi Parlimen Jasin pada PRU14 dahulu.
Apa yang saya boleh katakan adalah veteran UMNO dan Pemuda Amanah adalah dua parti politik Melayu yang sedang mengkhianati masa depan kuasa politik Melayu.
Percayalah agenda parti DAP apabila mereka dapat kuasa politik yang mutlak di tanahair kita maka pada waktu itu semua hak istimewa Melayu mahupun kedudukan Raja-Raja Melayu kemungkinan besar akan dihapuskan.
DAP adalah ‘cermin’ PAP di Singapura.
Apa yang terjadi pada orang-orang Melayu di Singapura akan menimpa nasib yang sama pada orang-orang Melayu di Malaysia sekiranya DAP memerintah.
Jangan sama sekali kita mempercayai parti DAP kerana strategi dan percaturan politik mereka amat halus.
Buat masa ini DAP sanggup mempamerkan walaupun sebagai ‘balaci’ pada orang-orang Melayu tetapi sikap mereka pasti berubah apabila mereka mendapat kuasa politik yang total.
Pengerusi veteran UMNO dan Ketua Pemuda Amanah kini amat takut dengan agenda perjuangan murni Tun Dr Mahathir Mohamad masakini untuk satu-padukan keseluruhan orang-orang Melayu.
Kedua-dua pemimpin ‘haprak’ ini adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu kerana mereka ini hanya ‘gila kuasa’ tanpa memperdulikan apa yang bakal berlaku kepada anak bangsa kita di masa hadapan.
Kami akan tetap menyokong penuh wadah perjuangan mulia Tun Dr Mahathir Mohamad yang senantiasa mahu memperkasakan kedudukan Melayu serta Islam di tanahair tercinta ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan sama sekali memperjudikan nasib masa depan orang Melayu serta kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
Bukan macam Pengerusi veteran UMNO dan Ketua Pemuda Amanah yang ‘haprak’ yang menjadi penyokong kuat DAP yang bakal menghancurkan kuasa politik Melayu buat selamanya.
Khairuddin Abu Hassan seorang aktivis politik