Wahai Pemimpin Munafik

Gambar hiasan – foto Suara.com

Lumpur benci sekian lama ditanam
Membakar jiwa nurani
Dendam yang tiada kesudahan
Sedikit keinsafan pun tiada lagi

Nafsu yang mengawal diri
Rusak iman, rusak perangai
Buruk adab tiada berbudi
Maruah Islam, maruah diri digadai

Walaupun engkau sujud beribu kali
Tuhan mu hanya tinggal dibibir
Dalam kemunafikan tanpa menyesali
Islam, kamu biarkan mereka menyingkir

Wahai pemimpin munafik, sedarlah
Kekayaan, kedudukan bukan jaminan
Untuk kamu berdepan dengan Allah
Ubahlah, jangan bertuankan syaitan

Puisi oleh ; Ma

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

NASA rai ulang tahun ke-25 ISS

Tepat 25 tahun lepas pada hari Rabu, dua modul pertama Unity dan Zarya disambung menjadi satu. Modul Rusia Zarya dilancarkan ke angkasa kira-kira tiga minggu lebih awal.
Read More
Total
0
Share