Wakil Amanah Cadang Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Dibubar

Foto – facebook Mat Sabu

KUALA LUMPUR, 9 NOV 25 – Dalam sesi perbahasan pidato presidennya di konvensyen Amanah hari ini, perwakilan negeri Perlis, Ya’akub Abu Seman, mencadangkan agar J-Kom dibubarkan kerana tidak lagi berfungsi menyampaikan dasar kerajaan kepada rakyat.

Ya’akub menyatakan bahawa pelbagai subsidi dan bantuan yang sepatutnya sampai kepada petani dan rakyat biasa tidak dirasai kesannya kerana kelemahan penerangan dan komunikasi yang dilakukan oleh agensi seperti J-Kom.

“Pertama kerana kegagalan media kita, kegagalan media kementerian… Saya cadangkan kita bubar sajalah J-Kom, tak berguna langsung. Kerana J-Kom tidak membantu kita untuk menyampaikan apa-apa saja dasar kerajaan.” Katanya, memetik laporan malaysiakini.

Beliau juga mengkritik mekanisme pemberian subsidi, khususnya kepada petani yang hanya menjadi penyewa tanah, dengan mendakwa pemilik tanah mengambil keuntungan daripada subsidi tersebut tanpa penjelasan yang jelas kepada golongan pekerja sawah.

Sebagai tambahan, Ya’akub menegaskan perlunya perubahan dalam kepimpinan dan struktur sistem: “Kalau dasar salah kita betulkan, kalau sistem lemah kita perkuatkan, kalau pemimpin malas kita rehatkan…”

J-Kom adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi Malaysia yang diketuai oleh Pengarah Kagawaiannya, Ismail Yusop.

Dengan usul ini, pihak Amanah menggesa agar kerajaan menilai semula fungsi komunikasi dan penyampaian dasar kepada rakyat agar langkah-langkah pembangunan dan subsidi benar-benar dirasai oleh golongan sasar. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share