Konflik Kepentingan, SPRM Tak Wajar Siasat Pendedahan Tei, Kata Peguam

KUALA LUMPUR, 30 NOV 25 — Peguam Kanan Haniff Khatri Abdulla mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak wajar menjalankan siasatan dalam kes membabitkan dakwaan ahli perniagaan Datuk Albert Tei memandangkan berlaku konflik kepentingan melibatkan Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki.

Haniff Khatri berkata, SPRM hilang hak menyiasat walaupun dalam bidang rasuah di bawah bidang kuasa SPRM kerana mempunyai konflik kepentingan tersebut.

Tambahnya, SPRM juga sudah membuat laporan polis berhubung kandungan rakaman video berkenaan yang didakwa tohmahan kepada Azam dan institusi SPRM.

“SPRM sebenarnya mempunyai konflik kepentingan berpandukan video kononnya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ada jumpa dan bincang dengan Azam.

“Bagaimana kita nak terima selagi belum diselesaikan laporan polis itu ia tohmahan kepada Azam dan SPRM sehingga polis selesaikan siasatan. Sehingga itu Azam menghadapi dakwaan ini ,” katanya.

Untuk itu, Haniff Khatri berkata, Peguam Negara Tan Sri Ahmad Dusuki Mokhtar perlu segera menubuh jawatankuasa khas rentas agensi bagi menyiasat tuduhan itu.

“Peguam negara tidak boleh berdiam diri, wajib tubuh satu pasukan khas. Ada bahagian siasatan polis ada bahagian siasatan SPRM,” tegas Haniff Khatri.

Tambahnya, selain dakwaan wujudnya elemen rasuah daripada rakaman video itu, ia turut menampilkan percubaan menganggu perjalanan demokrasi kerajaan Sabah.

” Itu kesalahan. Wajib disiasat. Jangan khusus kan rasuah sahaja yang wajib disiasat,” tambah Haniff Khatri lagi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share