
KUALA LUMPUR | 21 Julai 26 – Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan bahawa parti itu masih belum melantik sebarang jawatan bagi sayap Pemuda dan Wanita di semua peringkat, sekali gus menafikan sebarang kenyataan yang menggunakan nama rasmi jawatan tersebt.
Penjelasan itu dibuat selepas timbul kekeliruan susulan penggunaan gelaran berkaitan kepimpinan Pemuda WAWASAN, termasuk dakwaan mengenai kewujudan Ketua Pemuda parti berkenaan.
Dalam satu makluman, parti itu menegaskan bahawa proses penubuhan struktur sayap Pemuda dan Wanita masih belum dilakukan secara rasmi.
“Parti Wawasan Negara belum menubuhkan, melantik apa-apa jawatan buat sayap Pemuda dan Wanita di semua peringkat,” menurut kenyataan Wan Fayhsal di laman facebook beliau.
Sebelum ini, media melaporkan satu kenyataan yang merujuk kepada sumber sebagai penggerak sayap berkenaan. Kenyataan tersebut mewakili pemuda wawasan negara, telah menggesa Kabinet Persekutuan dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) baharu, dengan alasan kerajaan sedia ada tidak lagi memiliki kestabilan politik yang kukuh.
Penegasan Wan Fayhsal yang jugua Ahli Parlimen Machang ini bagi mengelakkan kekeliruan awam berhubung kedudukan rasmi jawatan dalam parti, khususnya selepas beberapa kenyataan berkaitan sayap Pemuda dan Wanita mula muncul sebelum proses pelantikan dibuat secara rasmi. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.