KUALA LUMPUR | 18 Feb 26 – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad telah mengumumkan penetapan tarikh permulaan ramadan iaitu pada Khamis, 19 Februari 2026, bersamaan 1 Ramadan 1447 H.
Pengumuman tersebut disiarkan secara langsung menerusi RTM malam tadi.
Proses melihat anak bulan Ramadan semalam melibatkan beberapa lokasi tertentu, antaranya Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka, Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor, Menara Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Turut menjadi tempat cerapan anak bulan ialah Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan, serta Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.