13 Ahli Parlimen BERSATU Tegas Sokong Hamzah Ketua Pembangkang

PARLIMEN | 2 Mac 26 — Seramai 13 Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) secara kolektif dan majoriti membuat ketetapan untuk terus menyokong dan mengekalkan Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin, sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan menerusi surat rasmi Ketua Whip Ahli Parlimen BERSATU, Ronald Kiandee, bertarikh 24 Februari 2026, yang ditujukan kepada Ketua Whip Perikatan Nasional, Takiyuddin Hassan.

Dalam surat berkenaan, Ronald menyatakan sokongan tersebut dibuat selaras dengan Peraturan Mesyuarat 4A, dan senarai nama 13 Ahli Parlimen terbabit dilampirkan bersama sebagai Lampiran A.

Antara yang menandatangani ketetapan itu termasuk Ahli Parlimen Beluran, Masjid Tanah, Tanah Merah, Hulu Terengganu, Kubang Pasu, Sungai Besar, Rompin, Ketereh, Kangar, Kulim Bandar Baharu, Lumut, Sabak Bernam dan Mersing.

Pada masa sama, surat tersebut menegaskan bahawa Ahli-Ahli Parlimen BERSATU akan terus memberi tumpuan kepada peranan semak dan imbang (check and balance) serta mengangkat suara rakyat dalam sesi Parlimen yang dijadualkan berlangsung dalam masa terdekat.

Perkembangan ini dilihat sebagai langkah memperkukuh kedudukan Hamzah di tengah-tengah polemik dalaman blok pembangkang berhubung jawatan Ketua Pembangkang, sekali gus memberi isyarat bahawa majoriti Ahli Parlimen BERSATU kekal sehaluan dalam isu kepimpinan Parlimen. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share