3 Lagi Bahagian BERSATU Lumpuh Dan Bubar

SEPANG | 17 Feb 26 – Seramai 17 Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Sepang termasuk Timbalan Ketua Bahagian (TKB) dan Naib Ketua Bahagian (NKB) dilaporkan meletakkan jawatan, sekali gus menyebabkan struktur kepimpinan bahagian itu lumpuh terbubar.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh mantan Ketua Bahagian BERSATU Sepang, Datuk Suhaimi Ghazali dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Menurut beliau, peletakan jawatan beramai-ramai itu melibatkan barisan kepimpinan utama bahagian dan menjadikan organisasi di peringkat Sepang tidak lagi mempunyai struktur yang mencukupi untuk berfungsi seperti biasa.

Dalam perkembangan yang sama, BERSATU Bahagian Pengerang menjadi bahagian pertama di Johor yang membubarkan bahagain tersebut apabila ke semua ahli jawatankuasa bahagian meletakkan jawatan dan keluar parti.

Dalam satu video yang dikongsikan, kesemua AJK Bahagian melaungkan “Rumah baru Pengerang”. Slogan tersebut dipercayai merujuk kepada parti baharu yang akan ditubuhkan seperti mana gambaran yang diberikan oleh Hamzah Zainudin ketika majlis RESET di Petaling Jaya.

Dalam perkembangan berkaitan, BERSATU Bahagian Bintulu turut lumpuh apabila Ahli Jawatankuasa Bahagian mengumumkan pembubaran bahagian secara rasmi.

Ketua Bahagiannya, Duke Anak Janteng mengumumkan perkara itu bersama-sama pembubaran Sayap Srikandi. Bahagian Bintulu mempunyai 105 cawangan.

Perkembangan ini dijangka memberi kesan langsung terhadap kekuatan jentera parti di kawasan tersebut, khususnya dalam menghadapi sebarang agenda politik dan penyusunan semula dalaman dalam masa terdekat. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share