
KUALA LUMPUR, 13 Okt 25 – Empat suspek pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah yang merogol seorang pelajar perempuan tingkatan 3 dalam sebuah kelas dan merakam perbuatan terkutuk itu tidak wajar dibenarkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden.
Ahli Parlimen Alor Setar itu menegaskan, keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu seakan-akan tidak menghormati perasaan mangsa dan keluarganya.
“Empat suspek itu patut digantung dibuang sekolah. Nak ambil SPM ambil tempat lain, lokap penjara, juvana, selagi kes tak selesai pelajar tak boleh ambil peperiksaan SPM.
“Takkan nak biar kes berlarutan. Rakyat nak lihat seriusnya kerajaan jaga keselamatan anak kita disekolah,” katanya, dalam hantaran media sosial.
Tambahnya, KPM wajar mengambil kira sensitiviti mangsa dan keluarganya.
“Dia rogol orang boleh bergerak bebas siap boleh ambil peperiksaan SPM. Serius lah sikit. Maruah anak kita. Tolong serius dalam perkara ini.
“Empat pelajar tingkatan 5 rogol pelajar perempuan tingkatan 3, rogol dalam kelas, dirakam pula, orang semua tengok keliling. Hinanya perbuatan merogol. Berdosa hina, jijik tiada perikemanusiaan.
“Benarkan suspek ambil peperiksaan SPM. Alasan pendidikan mereka diberi jaminan. Budak perempuan dirogol macam mana. Trauma dia, emosi dia, keluarga macam mana, ” tegasnya lagi. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.