Jangan Pertahankan Satu Pihak Isu Menara KL, Kata Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 21 APR 25 – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran agar kerajaan tidak mengambil pendirian menyebelahi satu-satu pihak berhubung isu pengusiran paksa operator pengurusan Menara Kuala Lumpur.

Presiden Bersatu itu berkata kerajaan turut digesa bersikap lebih telus dengan memberikan layanan adil kepada semua pihak.

“Justeru saya menggesa kerajaan supaya telus dan menyatakan perkara sebenar berhubung isu peralihan konsesi Menara KL, dan tidak seharusnya dilihat hanya mempertahankan satu pihak semata-mata.

“Adalah tidak wajar bagi kerajaan untuk tidak mempertimbangkan sebuah syarikat Bumiputera yang telah mengurus Menara KL selama bertahun-tahun dengan rekod yang baik. Pada masa yang sama syarikat tersebut telah dilayan secara tidak adil kerana terpaksa menanggung liabiliti berjumlah lebih RM300 juta,” kata Muhyiddin dalam kenyataan di Facebook miliknya.

Muhyiddin juga mendakwa pengusiran syarikat syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) dan Hydroshoppe Sdn Bhd dilakukan secara paksaan.

“Rakyat mahukan dan berhak mendapat layanan sama rata dan saksama dari kerajaan

“Hukum rimba tidak boleh dijadikan amalan dan norma pentadbiran negara. Insiden pengusiran paksa ini menggoncang asas Malaysia sebagai sebuah negara hukum,” katanya.

Pihaknya juga berharap isu itu boleh diselesaikan dengan segera. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share