Siapa Perdana Menteri Bayangan PN? kata NGO

KUALA LUMPUR, 26 Apr 25 – Rancangan penstrukturan semula Perikatan Nasional (PN) seharusnya meletakkan calon Kabinet bayangan, khususnya siapa bakal perdana menteri menunggu gabungan pembangkang itu setelah menjadi kerajaan, kata pertubuhan bukan kerajaan.

Aminuddin Yahaya, pengerusi Gabungan Nasionalis (GN) berkata, langkah itu katanya berupaya memberi keyakinan kepada rakyat untuk memilih PN sebagai kerajaan.

“Sebenarnya bukan isu penstrukturan semula yang rakyat nak tengok siapa pemimpin PN, perdana menteri menunggu, itu rakyat tunggu, Pakatan Harapan (PH) dulu daripada awal sampai akhir mereka letak (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), jadi jelas.

“Sekarang kita tak tahu, (Tan Sri Muhyiddin) Muhyiddin (Yassin) ke, (Tan Sri Abdul) Hadi (Awang) ke (Datuk Seri) Hamzah (Zainuddin ) itu paling asas,” tambahnya.

PN juga katanya tidak mempunyai agenda yang jelas tentang fokus mereka selepas kemenangan.

“Apa agenda mereka sebenarnya apa fokus, isu bila dah menang, ini rakyat masih tertunggu tunggu, saya tak mahu cakap umum kita nak perjuangkan Melayu Islam, Melayu itu apa, Islam itu apa, rakyat tak mahu lagi.

“Kalau nak struktur semula pun dua, tiga perkara ini tak sukar mereka nak dapat sokongan rakyat,” jelasnya.

Sementara itu, bekas pemimpin Bersatu Datuk Zuraida Kamaruddin menyambut baik cadangan penstrukturan semula PN agar mereka berpeluang menang PRU16.

“Saya bukan lagi dalam politik tapi buatlah jika itu boleh kuatkan kukuhkan PN, memang PN berpeluang untuk menang PRU16 tapi ia harus dilaksanakan perkukuhkan struktur gerak kerja, aktiviti mereka, strategi dan halatuju.

“Memang diperlukan, peluang tu ada. Mereka harus fikirkan langkah terbaik,” katanya, kepada Politiko.

Tambahnya, peluang untuk PN tetap ada kerana pentadbiran kerajaan hari ini tidak mempunyai hala tuju yang jelas.

“Kerajaan Madani caca marba t

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share