Abang Jo Berganding Dengan Mahathir di Perkim

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak

KUALA LUMPUR, 11 MEI 25– Premier Sarawak, Abang Johari Openg, dilantik sebagai Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) yang baharu menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memegang jawatan tersebut sejak 2006.

Pelantikan itu diumumkan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Perkim ke-64 yang berlangsung di ibu negara, semalam.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri dilantik sebagai penasihat khas Perkim selepas menamatkan khidmatnya sebagai yang dipertua.

Dalam ucapan sulungnya, Abang Johari merakamkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan dan berikrar untuk melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh komitmen.

“Saya amat menghargai kepimpinan Dr Mahathir yang telah membawa Perkim ke satu tahap membanggakan serta menjadi contoh dalam perjuangan dakwah dan kebajikan.

“Meneruskan legasi yang ditinggalkan bukanlah satu tugas mudah, namun dengan sokongan semua pihak, saya yakin kita mampu memperkukuh peranan Perkim dalam konteks dakwah moden,” katanya.

Abang Johari turut menegaskan kepentingan Perkim mendekati masyarakat secara berterusan melalui pendekatan inklusif yang berasaskan kasih sayang, pendidikan dan kesedaran. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share