Pegawai Peja Lapor Polis, Tuduhan Lulus Kandang Babi Di Perak

KUALA LUMPUR, 26 APR 25 – Satu laporan polis dibuat oleh pegawai khas bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu susulan hantaran didakwa berunsur fitnah di laman Facebook.

Hantaran itu didakwa memfitnah Ahmad Faizal, kononnya beliau bertanggungjawab meluluskan pembinaan kandang babi ketika pentadbiran di Perak.

“Pegawai khas saya telah membuat satu laporan polis berhubung fitnah jahat di halaman rasmi Facebook UMNO Negeri Perak. Hantaran itu dengan jelas merujuk kepada saya dengan memaparkan gambar saya dan dan menulis rujukan secara khusus kepada saya bekas MB Perak PN.

“Hantaran ini adalah satu fitnah berniat jahat yang sengaja dilakukan untuk menjatuhkan imej dan reputasi saya,” katanya.

Susulan itu, Ahmad Faizal, yang juga dikenali sebagai Peja berkata, laporan itu dibuat bagi meminta polis menjalankan siasatan.

“Laporan polis ini adalah untuk meminta pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap mereka yang telah melakukan dan menyebarkan fitnah jahat serta merosakkan imej dan reputasi peribadi saya secara khusus dan kepada Perikatan Nasional dengan amnya,” kata Peja lagi. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Razali Diperintah Bela Diri Tuduhan Menghasut

Bekas ketua penerangan Bersatu itu  didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan apabila mendakwa keputusan institusi kehakiman dikawal oleh kerajaan semasa berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, dua tahun lepas.
Read More
Total
0
Share