Zaid Beritahu PM, Berani Bukan Syarat Dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM

KUALA LUMPUR, 26 Mei 25 – Keberanian bukan syarat utama membolehkan seseorang dilantik sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

Sebaliknya, Zaid berkata syarat untuk dilantik adalah sesuai, selesa atau boleh diterima, katanya, menegur Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung pelantikan semula Tan Sri Azam Baki untuk jawatan tersebut.

“Perkataan yang betul ialah ‘sesuai; selesa atau boleh diterima’. Pekerjaan itu tidak memerlukan keberanian,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Secara sinis Zaid berkata, jawatan itu menjanjikan pendapatan lumayan selain bergantung sepenuhnya kepada penilaian perdana menteri berkenaan keutamaan kes yang diambil.

SPRM katanya mempunyai kuasa besar seperti membekukan akaun selama 90 hari tanpa perintah mahkamah, menahan suspek, dan memaksa pengisytiharan aset tanpa mendedahkan kesalahan yang disiasat

“Azam mempunyai kuasa yang besar untuk membekukan akaun selama 90 hari.

“Itu masa yang lama. Ia boleh memusnahkan perniagaan dan keluarga tanpa sebarang perintah mahkamah, reman suspek dengan sedikit kesukaran, dan memaksa pengisytiharan aset tanpa memberitahu anda kesalahan yang mereka siasat,” kata Zaid.

Beliau mengulas kenyataan Anwar sebelum ini, yang mempertahankan pelantikan semula Azam sebagai ketua pesuruhjaya SPRM untuk penggal ketiga, mengatakan tiada individu yang lebih berani daripadanya untuk menjalankan tugas tersebut.

Zaid selain itu menasihati Anwar supaya tidak menganggap keberanian sebagai kriteria utama dalam memilih ketua agensi anti rasuah itu. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share