
KUALA LUMPUR, 5 MEI 25 – Perikatan Nasional (PN) memerlukan ketangkasan dalam gerakan mereka disebabkan wujud kekangan dalam proses membuat keputusan dalam urusan harian pembangkang itu, kata Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, perkara itu boleh dilakukan dengan barisan kepimpinan kedua selepas presiden parti kerap mengadakan pertemuan dan membincangkan urusan harian mereka berbanding menunggu keputusan perbincangan presiden parti.
“Kecerdasan itu cukup, ketangkasan belum. Lambat buat keputusan kerana tunggu orang-orang besar PN bermesyuarat, itu ambil masa.
“Saya lebih mirip diperingkat PN ada jawatankuasa nombor dua, oramg besar mesyuarat berkala buat keputusan besar, tapi cerita buat keputusan hari ini atau esok perlukan pasukan tangkas, cepat bertindak dan berhadapan dengan media.
“Ini soal struktur organisasi, saya sebut tadi bagaimana perbaiki struktur itu. Saya nak percepatkan struktur itu. Nak jadikan tangkas,” katanya, dipetik sesi podcast Jeruk Manis.
Pengerusi PN Pahang berkata, kumpulan itu katanya boleh mengadakan pertemuan dalam suasana yang tidak formal tetapi berkala.
“Presiden mesyuarat berkala tapi kerja ‘dirty job’ ini barisan timbalan presiden dan setiausaha agung lebih kerap bertemu, tak formal sangat. Tangkas,” katanya lagi.
Sementara itu ahli Parlimen Bukit Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan berpandangan sememangnya wujud kekangan dalam PN dan ia perlu diakui semua dan melakukan muhasabah diri.
“Kekangan itu saya setuju ada kekangan dari struktur organisasi perlu dipermudahkan supaya lebih tangkas lebih cerdas. Kena muhasabah juga, dikalangan pemimpin kita, adun, ahli Parlimen kena iktiraf kalau ada kelemahan perlu diperbaiki.
“Pemimpin kita dan wakil rakyat di semua peringkat kena ambil kritikan sebagai motivasi,” tambahnya. @politiko.my