
KUALA LUMPUR, 1 Ogos 25 – Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan sama ada dana pembayar cukai untuk memberi subsidi kepada syarikat swasta Rakan KKM Sdn Bhd.
Wakil rakyat Bersatu itu mendakwa kerajaan kini dilihat menuju ke arah penswastaan penguatkuasaan, dengan kemungkinan pegawai diberi kuasa akan dilantik melalui saluran korporat di bawah entiti tersebut.
“Semalam Menteri Kesihatan sendiri mengaku hutang negara telahpun melepasi siling statutori 65% KDNK. Ini bermakna tiada ruang lagi untuk penambah belanja awam termasuk dalam sektor kesihatan.
“Orang tanya beliau kenapa tak boleh tambah belanjawan? Doktor-doktor kita, petugas-petugas kesihatan kita sedang merana di hospital-hospital di Sabah, di Sarawak, di seluruh negara,” katanya, dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat.
Wan Ahmad Fayhsal turut mempersoalkan siapa sebenar Rakan KKM tersebut.
“Siapa Rakan KKM ini? Bagaimana mereka ingin menjana pendapatan setara bajet KKM sebanyak RM45 bilion sedangkan KPJ Healthcare yang mengurus 29 hospital hanya memperoleh keuntungan RM407 juta setahun?
“Adakah kita memperdagangkan kesihatan awam demi keuntungan swasta?” soal beliau.
Beliau juga mempersoalkan kemungkinan barangan perubatan dijual semula dengan harga lebih mahal kepada pesakit, dan kemungkinan kerajaan menyalahgunakannya.
“Apa ni Madani ni? Kalau ini cara KKM nak kendalikan kesihatan awam,” soalnya lagi. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.