
KUALA LUMPUR, 6 MEI 25 – Bekas Setiausaha Agung Pemuda MCA Leong Kim Soon menjangkakan parti itu berkemungkinan akan keluar dari Barisan Nasional (BN) kerana dilayan seperti anak tiri.
Beliau berkata, parti yang mewakili kaum Cina itu juga tidak lagi dianggap sebagai kawan setia dalam gabungan berikutan gagal mendapat sokongan pengundi dari komuniti tersebut.
“Umno sudah tidak pentingkan MCA dapam satu gabungan lagi, memang dalam politik jumlah kerusi itu penting, Umno tahu MCA tiada sokongan kaum Cina.
“Saya rasa MCA menjadi anak tiri, bukan lagi kawan setia Umno, MCA tidak lagi dapat teruskan perjuangan dengan Umno dan MIC, saya rasa MCA akan ada tindakan untuk keluar dari BN,” katanya, dalam wawancara bersama politiko.my baru-baru ini.
Leong yang kini menyertai sayap bersekutu Bersatu tidak menolak kemungkinan lebih ramai ahli MCA juga bakal meninggalkan parti itu dan menyertai sayap bersekutu Bersatu.
“Kepercayaan kaum cina terhadap MCA dah menurun. Ini kita kena akui benar. Kami dulu MCA sertai Bersatu…ramai ahli MCA akan ikut kami,” katanya.
Jelasnya lagi, keputusan menyertai Bersatu dibuat berikutan kecewa dengan kepimpinan pucuk pimpinan MCA yang dakwanya sudah hilang arah tujuan. @politiko.my