Ahli Parlimen Pembangkang Desak Anwar Jawab Dakwaan ‘Dana Haram’

KUALA LUMPUR, 18 MEI 25 – Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan penjelasan berhubung dakwaan dana haram yang disalurkan tanpa melalui audit.

Ia susulan pendedahan video tular yang didakwa memaparkan pengakuan Ketua Cabang PKR Wangsa Maju, Lai Chen Heng, berhubung penerimaan dana yang didakwa datang daripada perdana menteri sendiri namun tidak diisytihar dan tidak diaudit.

“Lebih membimbangkan, video tersebut menunjukkan bahawa dana berkenaan sengaja tidak dimasukkan ke dalam akaun rasmi dan diklasifikasikan sebagai ‘duit kotor’ agar tidak dapat dikesan melalui sistem perbankan,” katanya, dalam satu kenyataan.

Fadhli, yang juga ketua penerangan PAS sehubungan itu menggesa pihak polis untuk segera membuka siasatan menyeluruh terhadap dakwaan serius ini.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajib bertindak dengan segera dan tidak menunggu arahan politik untuk memulakan siasatan atas kemungkinan berlakunya unsur rasuah dan pengubahan wang haram,” tambahnya.

Fadhli turut memberi amaran, sekiranya Anwar gagal memberikan penjelasan, satu laporan polis secara besar-besaran akan digerakkannya di seluruh negara.

“Jika tiada sebarang penafian rasmi atau penjelasan terbuka daripada Anwar atau pimpinan tertinggi PKR dalam tempoh terdekat, laporan polis secara besar-besaran berkemungkinan akan dibuat di seluruh negara terhadap perdana menteri bagi mendesak siasatan dijalankan secara adil dan telus.

“Rakyat berhak tahu kebenaran dan tidak boleh dibiarkan terus dibohongi atas nama perjuangan reformasi yang kini dilihat semakin dipenuhi hipokrasi,” tegasnya. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

KP Baharu Mahu SPRM Jadi Institusi Lebih Bebas

Ketua Pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Abd Halim Aman menegaskan komitmennya untuk memastikan SPRM bergerak sebagai institusi yang lebih bebas, tegas dan berwibawa dalam memerangi rasuah tanpa mengira kedudukan atau pengaruh individu terlibat.
Read More
Total
0
Share