Pertikaian Petronas-Sarawak Perlu Selesai Menang-Menang, Kata Wan Fayhsal

KUALA LUMPUR, 26 Mei 25 – Pertikaian membabitkan syarikat petroleum nasional (Petronas) dan kerajaan negeri Sarawak perlu diselesaikan dalam suasana menang-menang, kata Ahli Parlimen pembangkang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ahli Parlimen Machang itu berkata, sehubungan itu beberapa perkara perlu diperjelaskan dengan terperinci.

“Persoalan utama terletak pada pelaksanaan, apakah maksud sebenar untuk ‘menyelaraskan’ Akta Pembangunan Petroleum (PDA) dengan Ordinan Pengagihan Gas Sarawak (DGO)?

“Jika Petronas tidak lagi memerlukan lesen tetapi perlu memohon pengecualian, bagaimana mekanisme ini akan berfungsi dalam amalan?,” katanya, dalam satu kenyataan.

Ketua hal ehwal luar negara bagi ahli Parlimen Perikatan Nasional itu berkata, dengan  bersandarkan semangat muhibah dan kenegaraan yang bijaksana, hasil menang-menang adalah sesuatu yang boleh dicapai.

“Hasil yang mengukuhkan Persekutuan, memajukan Sarawak, dan menjamin masa depan bersama Malaysia.

“Akhirnya, kejayaan inisiatif ini bergantung kepada kemampuan kedua-dua pihak untuk merangka satu perjanjian yang seimbang dan telus yang memenuhi keperluan Sarawak, melindungi peranan nasional Petronas, serta meyakinkan rakyat dan pelabur,” katanya.

Wan Ahmad Fayhsal turut berkata, aspirasi Sarawak untuk mendapatkan kawalan yang lebih besar terhadap sumber aslinya juga adalah sah.

“Dalam masa yang sama, Petronas memainkan peranan strategik dan ekonomi yang amat penting kepada seluruh negara.

“Justeru, sebarang kerangka kerja mestilah kukuh dari segi komersial, undang-undang dan teknikal demi menjamin kelestarian jangka panjang untuk Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan,” tambah Wan Ahmad Fayhsal lagi. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Sultan Selangor Titah Wakil Rakyat DAP Hayati Rukun Negara

Kenyataan itu turut menyentuh secara khusus wakil rakyat Seri Kembangan, YB Puan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, yang disarankan hadir sekurang-kurangnya seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi memahami dan menghayati makna Rukun Negara.
Read More
Total
0
Share