Bimbang Jatuh Jika Laksana Reformasi Bukti Anwar Bukan Reformis, kata Saifuddin

KUALA LUMPUR, 11 JUN 25 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan Reformis sejati kerana bimbang akan jatuh jika agenda reformasi yang dilaung-laungkannya semasa dibangku pembangkang dilaksanakan, kata wakil rakyat Bersatu.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, kenyataan itu jelas menunjukkan Anwar hanya mementingkan survival politik peribadinya semata-mata.

“Apabila beliau menyatakan kebimbangan akan jatuh sekiranya bergerak pantas melakukan reformasi, bukankah beliau hanya mementingkan political survivalism, iaitu satu perkara yang tidak sepatutnya diluahkan oleh seorang yang mendakwa dirinya reformis?,” kata Saifuddin, dalam satu kenyataan hari ini.

Saifuddin berkata, nada Anwar jelas berbeza semasa sudah berada ditampuk kuasa perdana menteri.

“Sebelum menjadi perdana menteri, bahasa dan nadanya berbeza, iaitu bahawa reformasi dapat dilaksanakan dengan sekelip mata dan akan mendapat sokongan semua pihak.

“Ini kerana beliau tahu dengan pasti tentang apa yang perlu dilakukan dan semua pihak telah bersedia melakukannya,” katanya.

“Saya tertarik dengan kenyataan ini kerana ini bukanlah bahasa dan nada beliau sebelum ini.”

Saifuddin tidak menolak Anwar hanya berdalih daripada hakikat kegagalan melaksanakan proses reformasi.

“Pokoknya, apabila beliau menggunakan istilah ‘hikmah’ (kebijaksanaan), saya tidak percaya yang ia merujuk makna istilah itu yang sebenar.

“Sebaliknya, saya menganggapnya sebagai ‘helah’ sahaja, iaitu alasan terhadap kelemahannya melaksanakan reformasi,” tambah Saifuddin lagi. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

MCA Persoal Kredibiliti Pengerusi BN

Menurut beliau, sebagai Pengerusi BN, Ahmad Zahid tidak sepatutnya bercakap tanpa berfikir, tidak konsisten dengan kenyataan sendiri serta membuat dakwaan yang akhirnya ditarik balik tanpa penjelasan yang meyakinkan.
Read More
Total
0
Share