MCA Persoal Kredibiliti Pengerusi BN

KUALA LUMPUR | 20 Jan 26 — Tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mendakwa wujud “Pasukan B dalam DAP” sebelum menarik balik kenyataan tersebut secara tergesa-gesa, disifatkan sebagai tidak wajar dan mencerminkan kegagalan kepimpinan tertinggi gabungan itu.

Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng, berkata kenyataan yang bercanggah dan berubah-ubah itu bukan sahaja mencetuskan kekeliruan, malah menjejaskan kredibiliti politik BN yang telah dibina sejak sekian lama.

Menurut beliau, sebagai Pengerusi BN, Ahmad Zahid tidak sepatutnya bercakap tanpa berfikir, tidak konsisten dengan kenyataan sendiri serta membuat dakwaan yang akhirnya ditarik balik tanpa penjelasan yang meyakinkan.

“Ini merupakan satu penghinaan secara langsung terhadap kredibiliti politik BN, katanya dalam satu kenyataan.

Tan turut memberi amaran bahawa sekiranya Ahmad Zahid gagal menilai dan memperbetulkan gaya kepimpinannya, BN berisiko terus kehilangan sokongan rakyat, manakala usaha untuk “menghidupkan semula BN” hanya akan kekal sebagai retorik kosong.

Menurut Tan, tindakan Ahmad Zahid juga telah menimbulkan kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan anggota BN serta rakyat, sekali gus menjadikannya liabiliti terbesar kepada gabungan itu.

“Rakyat memerlukan pemimpin yang bertanggungjawab, berprinsip dan berwawasan, bukannya seorang Pengerusi BN yang sentiasa berubah-ubah pendirian, mencetuskan kontroversi dan akhirnya membebankan seluruh BN. Tindak-tanduknya telah menimbulkan kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan anggota BN dan rakyat; beliau kini menjadi liabiliti terbesar BN. Katanya.

Tambah beliau, tingkah laku yang tidak bertanggungjawab seperti itu bukan sahaja merosakkan imej BN di dalam negara, malah menjadikan gabungan tersebut bahan ketawa di peringkat antarabangsa.

Baru-baru ini, Zahid dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2025 dilaporkan mendakwa kenyataan bertentangan yang dikeluarkan daripada kepimpinan utama DAP datangnya daripada “Pasukan B”.

Presiden UMNO itu kemudiannya menarik balik kenyataannya selepas Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke menafikan dengan keras dakwaan tersebut. Pemerhati berpandangan, ia satu tindakan memalukan dirinya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share