Anwar Disaran Bercuti, Elak Konflik Kepentingan, Kata Peguam Kanan

KUALA LUMPUR, 18 JUN 25 – Peguam Kanan Haniff Khatri Abdulla menyarankan Datuk Seri Anwar Ibrahim berehat sementara dari jawatan perdana menteri bagi mengelakkan konflik kepentingan susulan permohonan rayuannya merujuk lapan persoalan Perlembagaan kononnya perlindungan yang wajar diberikan kepada kerusi perdana menteri yang menghadapi tuntutan sivil.

Haniff berkata, tindakan itu juga perlu memandangkan jawatan perdana menteri akan mencadangkan nama hakim-hakim yang bakal menggantikan penyandang sedia ada yang bakal bersama bermula Julai depan.

“Timbulkan persepsi perdana menteri berhak tentukan orang yang lebih cenderung, simpati kepada beliau dna kerajaan dicadangkan kedudukan hakim berkenaan.

“Itu menimbulkan persepsi lanjut sistem kehakiman dinodai kecurigaan konflik kepentingan perdana menteri berkenaan,” kata Haniff, dalam satu kenyataan video dilaman media sosialnya.

Anwar juga katanya perlu berehat susulan laporan polis dibuat bekas pembantu penyelidik kepada ahli politik Yusoff Rawther terhadapnya.

“Selagi siasatan tidak selesai dan tidak ada keputusan muktamad daripada polis mahupun Jabatan Peguam Negara (AGC) sehingga itu perdana menteri mempunyai konflik kepentingan dalam urusan pelantikan dan penamaan calon hakim kerana isu ini akan bakal di bawa ke mahkamah untuk diselesaikan.

“Demi konsep keluruhan Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, menghormati institusi perdana menteri, saya menyarankan Anwar mengambil cuti rehat secara serta merta dan delegasikan tanggungjawab perdana menteri kepada salah seorang timbalan perdana menteri yang kita ada,” kaya Haniff lagi.

Kata Haniff, pertikaian timbul bagaimana Anwar perdana menteri boleh dibiarkan untuk memberi cadangan nama yang wajar naik ke tiga jawatan tertinggi dan jawatan kosong lain di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan rayuan dan Mahkamah tinggi kelak.

Anwar juga berada dalam konflik kepentingan kerana soalan beliau ajukan kepada mahkamah untuk menjawab soalan tersebut, kata Haniff.

“Tanpa memprejudiskan keperibadian Anwar ini cadangan objektif dan molek penuh rendah diri mematuhi undang-undang.

“Kalau Anwar ikut cadangan ini rakyat akan lebih hormat kerusi perdana menteri,” tambahnya. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share