Armada Bersatu Akan Sertai Himpunan ‘Turun Anwar’

KUALA LUMPUR, 19 Jun 25 – Sayap Pemuda Bersatu memaklumkan akan menyertai himpunan ‘Turun Anwar’ yang dijadual berlangsung di ibu negara 26 Julai depan yang dianjurkan oleh Pemuda PAS.

Ketua Penerangan Armada Bersatu, Harris Idaham Rashid berkata, penyertaan itu bagi menyatakan  pendirian menolak dasar-dasar ekonomi kerajaan yang dakwanya menekan rakyat.

Memetik laporan Awani, beliau berkata perluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang meningkatkan kos barangan dan perkhidmatan harian, kenaikan tarif elektrik yang memberi kesan langsung kepada harga makanan serta keperluan asas, dan pelaksanaan subsidi bersasar bagi petrol RON95 akan menimbulkan kegusaran besar dalam kalangan golongan B40 dan M40.

Armada Bersatu tegasnya berpandangan sebarang dasar ekonomi yang membebankan rakyat, apatah lagi yang dilaksana tanpa ketelusan dan tidak berpaksikan realiti kehidupan seharian, wajar ditolak. @sumber

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

MINDEF Akur Arahan PM Beku Sementara Perolehan

Seiring dengan pendirian kerajaan memperkukuh integriti, MINDEF turut memaklumkan bahawa kementerian sedang meneliti langkah-langkah penambahbaikan terhadap proses perolehan, seperti yang diumumkan awal minggu ini, bagi memperkukuh tadbir urus dan mengelakkan sebarang ketirisan pada masa hadapan.
Read More
Total
0
Share