Disyaki Minta RM 150 Ribu, Adun Sabah Ditahan

KUALA LUMPUR, 23 Jun 25 – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, ADUN tersebut bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin selepas selesai dirakam keterangan dan dijangka dituduh dalam masa terdekat.

Menurut SPRM, penahanan tersebut berkaitan skandal rasuah lesen cari gali di negeri itu.

“Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira jam 9.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan terbabit sekitar 2023 dan 2024,” katanya kepada Berita Harian.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek  disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM150,000 membabitkan pengeluaran lesen cari gali di negeri itu.

Terdahulu, media melaporkan SPRM mengesahkan individu yang akan didakwa bersama dua ADUN Sabah berhubung skandal rasuah lesen cari gali di negeri itu tidak dilindungi mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share