SST, Pemilihan PKR Akan Beri Kesan Sokongan Anwar, Kata Penganalisis

KUALA LUMPUR, 26 Jun 25 – Populariti 55% dinikmati Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti kaji selidik Merdeka Centre dijangka tidak bertahan lama untuk masa mendatang, kata penganalisis.

Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid, penganalisis dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, kenaikan harga barangan disebabkan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) selain keputusan pemilihan PKR dilihat tidak memberi kesan positif kepada Anwar.

“Bagi Anwar, satu kelegaan baginya apabila mendapat berita kadar keyakinan rakyat kepadanya telah meningkat kepada 55% ketimbang setahun yang lalu.

“Namun untuk mempertahankan ini tidaklah mudah, lebih-lebih lagi apabila rakyat mula menerima kenaikan-kenaikan berteraskan SST bulan depan.

“Populariti Anwar juga kemungkinan besar mengalami kemerosotan hasil pilihanraya parti PKR lepas, di mana dia disyaki oleh banyak ahli telah menggunakan pengaruhnya secara tidak adil dalam memenangkan anaknya Nurul Izzah dan mengenepikan penyandang Rafizi Ramli dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden,” katanya, kepada politiko.my.

Ahmad Fauzi berkata, ditambah tuduhan salah laku seksual juga membuatkan Anwar dilihat berhempas-pulas untuk menafikannya.

“Cabaran yang Anwar hadapi sepanjang kariernya ialah dalam menepis tuduhan salahlaku seksual yang timbul dari masa ke semasa, yang adakalanya kelihatan beliau nampak berhempas pulas,” katanya.

Jelasnya, populariti perdana menteri dan kestabilan politik amat berkait rapat antara satu sama lain. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share