Selagi Ada DAP, Sukar Umno Kembali Di Terengganu, Kata PAS

KUALA LUMPUR, 8 Jul 25 – Hasrat Umno untuk kembali di Terengganu dipandang sinis oleh kepimpinan PAS negeri berikutan parti Melayu masih bekerjasama dengan DAP, yang didakwa perjuangannya bertentangan dengan aspirasi Melayu dan Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Dungun Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi berkata, Umno juga dilihat tidak mempunyai tokoh berkaliber di negeri itu bagi menyaingi Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Selagi Umno terus memilih jalan kerjasama dengan DAP — sebuah parti yang sejarahnya jelas bertentangan dengan aspirasi perjuangan Melayu-Islam — selagi itulah rakyat Terengganu akan terus berhati-hati dan menolak mereka.

“Ini bukan soal sentimen semata, tetapi soal prinsip dan pendirian yang menjadi asas kepercayaan rakyat kepada mana-mana parti politik,” katanya.

Adun Sura itu berkata, pentadbiran PAS dan Perikatan Nasional (PN) hari ini bukan sekadar retorik, tetapi keberadaan wakil rakyat mereka di tengah-tengah masyarakat.

“Dari program kemasyarakatan hingga ke saat rakyat ditimpa ujian seperti banjir, krisis ekonomi dan sebagainya. Kepercayaan rakyat tidak dibina dalam sehari, tetapi dengan usaha berterusan dan pendekatan merendah diri bersama mereka.

“Kami menghormati cita-cita politik mana-mana pihak. Namun dalam konteks realiti semasa dan sentimen rakyat di Terengganu hari ini, kami percaya bahawa PAS dan PN masih menjadi pilihan utama kerana dasar yang jelas, kepimpinan yang bersih, dan komitmen khidmat yang berterusan,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Ahli Parlimen Bersatu Hantar LOD Kepada PM

Dalam sidang medianya, Rosol mendakwa bahawa beberapa soalan penting berhubung perjanjian tersebut tidak dijawab secara menyeluruh dalam sesi Dewan Rakyat, dan beliau mempunyai tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk memastikan ketelusan tindakan kerajaan.
Read More
Total
0
Share