
KUALA LUMPUR, 12 JUL 25 – Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar melepas jawatan Perdana Menteri sekiranya mempunyai rasa hormat kepada undang-undang negara, kata Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid.
Katanya, dalam keadaan Anwar mempunyai kes di mahkamah, adalah tidak wajar untuk beliau menasihati pelantikan hakim-hakim.
“Adakah PMX hormat undang-undang Kalau dia sendiri ada kes tapi masih nasihat?
“Kalau betul hormat, sila lepas jawatan. Kalau tidak jangan salahkan bila rakyat lawan!
“Berani kerana benar. Takut kerana salah,” katanya, dalam hantaran Facebook.
Peguam itu berkata, sejak kemerdekaan negara 68 tahun sebelum ini, tidak pernah berlaku kes seperti ini melibatkan perdana menteri.
“Malaysia sudah merdeka 68 tahun. Belum pernah perdana menteri ada kes begini.
Adilkah yang ada kes, nasihat lantik hakim? Ya, perlu hormat undang-undang. Setuju,” kata Rafique lagi.
Terdahulu, pelbagai pihak menzahirkan kebimbangan berkaitan isu pelantikan ketua-ketua Hakim mahkamah tinggi dimana blok Rafizi mencadangkan diwujudkan Suruhanjaya Siasatan di Raja, manakala Ahli-ahli Parlimen PN pula mencadangkan Perdana Menteri direhatkan, namun Seketariat Pertahan Sistem Kehakiman yang dipimpin oleh Mahathir menggesa Anwar meletakkan jawatan. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.