UMNO Jangka PRU-16 Lebih Awal Dari 2027

KUALA LUMPUR, 14 Jul 25 –  UMNO menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) mungkin diadakan lebih awal daripada tahun 2027.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beberapa indikator politik semasa termasuk keperluan menghadapi tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Sabah, Melaka dan Johor, memberi bayangan bahawa PRU16 mungkin diselaraskan bagi menjimatkan kos dan tenaga.

“Saya berpandangan Parlimen boleh dibubarkan lebih awal, yang mana kalau dibubarkan pada Jun, ia sangat hampir dengan PRN Johor kerana PRN itu perlu diadakan pada awal 2027.

“Oleh itu saya jangka barangkali ia tidak mustahil (PRU16 boleh diadakan awal). Ia boleh diadakan secara serentak bagi menjimatkan kos dan tenaga. Walau bagaimanapun ia bukan kuasa saya,” katanya seperti dilaporkan malaysiagazette.

Menurut beliau, selepas PRN Sabah tahun ini, negara akan berdepan PRN Melaka pada 2026 diikuti Johor pada awal 2027.

“Kalau tunggu hujung 2027 pula ada PRU16. Jadi berapa kali pilihan raya?

“Saya fikir ada kemungkinan disekalikan pilihan raya Johor dan pilihan raya umum untuk menjimatkan masa, tenaga dan juga wang,” katanya. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share