Anwar Rosakkan Kepercayaan Awam Terhadap Sistem – Bersatu

KUALA LUMPUR, 14 Jul 25 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa merosakkan keyakinan dan kepercayaan umum terhadap sistem dalam negara seperti mana krisis keyakinan rakyat terhadapnya,dakwa Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail.

Krisis membabitkan dakwaan campur tangan perdana menteri dalam institusi kehakiman dan pelantikan hakim adalah yang terbesar selepas terhakisnya keyakinan terhadap Anwar.

“Isu bocor ini adalah satu insiden yang membolehkan kita memahami dengan luas, krisis keyakinan terhadap perdana menteri sudah berjangkit kepada institusi kehakiman.

“Sebelum ini kita ingat hanya keyakinan terhadap perdana menteri, sekarang ini bila bocor dokumen, kalau betul minit  JAC rakyat tengok institusi kehakiman ada masalah integriti, dah ada masalah campur tangan eksekutif, sudah tidak mementingkan meritokrasi dalam pelantikan hakim.

“Macam mana rakyat nak percaya,” katanya, dalam kenyataan dimuat naik di media sosialnya.

Disebabkan itu, Anwar perlu melepaskan jawatan disandangnya.

“Maksudnya krisis keyakinan terhadap Anwar sudah berjangkit kepada institusi lain seperti mana terhadap SPRM, SKMM, Jabatan Peguam Negara, Peguam Negara dan polis.

“Semua ini menyebabkan kita perlu desak Anwar turun letak jawatan sebelum krisis keyakinan menjadi semakin parah sebab orang tak yakin dengan semua sistem dalam negara ini,” dakwa Tun Faisal. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share