
KUALA LUMPUR, 1 Julai 25 – Aktivis politik, Hishamuddin Rais memberitahu beliau telah dipanggil oleh pihak Polis ke Bukit Aman untuk merekod kenyataan berhubung siasatan demonstrasi Rakyat Benci Rasuah.
Menurut Hisham menerusi applikasi whatsapp, beliau akan hadir ke Bukit Aman esok 11 pagi bersama peguam Lawyers For Liberty.
“Saya Hishamuddin Rais telah mendapat panggil talipon dari pihak polis Bukit Aman.
“Pihak berwajib di Bukit Aman mahu mengambil kenyataan saya mengenai keterlibatan saya dalam demonstrasi Rakyat Benci Rasuah yang berjalan di Sogo dan Dataran Merdeka pada Sabtu 28 Jun 2025 yang lalu.
“Saya akan hadir di Pejabat Polis Bukit Aman esok Rabu 2 Julai 2025 pada jam 11.00 pagi. Saya akan hadir bersama peguam saya dari NGO – Peguam Untuk Kebebasan – Lawyers For Liberty.
Beliau turut menjemput wartawa untuk hadir dan dipercayai akan membuat sidang media selepas memberi keterangan.
Sabtu lalu, Sekretariat Rakyat Benci Rasuah telah menganjurkan satu demonstrasi mendesak kerajaan mempercepat pelaksanaan reformasi institusi dalam usaha memerangi rasuah.
Himpunan yang berlangsung di ibu negara hari ini bertukar kecoh apabila seorang peserta menyalakan suar berwarna merah.
Perhimpunan diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, sebelum peserta berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.