300,000 Mahu Hadir Himpunan Turun Anwar

KUALA LUMPUR, 15 JUL 25 – Perikatan Nasional (PN) menyasarkan 300,000 peserta bakal menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia: Turun Anwar yang dijadual pada 26 Julai.

Jumlah itu meningkat daripada 50,000 yang disasarkan pada peringkat awal, kata Ketua Pemuda PN Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Sasaran itu katanya berikutan maklum balas orang ramai serta ahli parti gabungan yang menyatakan komitmen untuk hadir berhimpun.

“Mereka hendak hadir lebih ramai daripada apa yang kita umum, jadi kita pun dapat kiraan, dalam kalangan parti kita pun sudah cecah 100,000,” kata Afnan, yang juga ketua Pemuda PAS itu dalam sidang media baru-baru ini.

“Jadi kita anggarkan, (dengan) ahli parti komponen PN, orang awam, pihak berkepentingan, individu-individu yang berpengaruh, kehadiran akan mencecah sekitar 300,000 pada hari himpunan,” katanya.

Menurutny lagi, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga dijangka hadir di himpunan tersebut.

Katanya, antara acara himpunan itu adalah peserta-peserta akan berhimpun di empat kawasan, iaitu Sogo, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Pasar Seni, berbanding lima yang ditetapkan sebelum ini dengan berbaju hitam. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

15 Lagi Bahagian BERSATU Di 3 Negeri Umum Bubar Serta‐Merta

Perkembangan sama turut berlaku di Sabah dan Semenanjung apabila Bahagian Sipitang dan Sepanggar mengumumkan peletakan jawatan semua ahli jawatankuasa, sekali gus melumpuhkan struktur bahagian. Bahagian Dungun dan Hulu Selangor juga dilaporkan mengambil langkah membubarkan organisasi masing-masing.
Read More

Muhyiddin Gesa Kerajaan Gubal RUU Anti Buli

Menurutnya, dengan adanya Akta Anti-Buli, kerangka undang-undang dan dasar yang jelas boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk melindungi pelajar daripada tindakan penganiayaan samada berbentuk fizikal atau emosi yang menjejaskan keselamatan diri dan nyawa.
Read More
Total
0
Share