Pejuang Tawar PN Guna Logo Di Lembah Klang

KUALA LUMPUR, 20 Jul 25 – Ahli Majlis Eksekutif Pusat Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi menawarkan logo parti itu digunakan gabungan Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang di kawasan Lembah Klang.

Ia berikutan lambang PN dan logo PAS katanya sukar menembusi kawasan tersebut.

“Kita kena bergerak dengan satu bendera, kita nak menang kena ada satu bendera, satu logo, untuk semua menyokong, antara sebabnya ialah kerana kita ramai pengundi luar di Malaysia, tiba-dia duduk dalam KL dia nampak bendera PN dia balik Kelantan tengok tidak ada pulak bendera PN. Dia nak pangkah siapa.

“Kalau terlalu banyak bendera, konon ada gagasan sama dia mengelirukan. PRU15 PN berjaya menang banyak tempat dan kerusi walaupun ada dua bendera. Mereka asingkan ikut geografi dan ada disiplin. Kelantan, Terengganu Kedah, dan Perlis bendera PAS. Tempat lain semua bendera PN. Itu strategi

“Di manakah bendera PN dan PAS tidak dapat bawa kemenangan. Pada peringkat kita, bendera PAS dan PN tidak lut di Lembah Klang. Pejuang bersedia tawarkan logo kita sebagai logo baharu untuk dipertimbangkan untuk pilihan,” katanya, dalam wawancara bersama politiko.my.

Akhramsyah berkata, selain itu, satu kerjasama politik juga wajar dibentuk membolehkan mereka mengurangkan persaingan antara satu sama lain ketika bertanding di PRU16 nanti.

“Electoral pack itu memastikan kita lawan satu lawan satu atau paling banyak satu lawan tiga antara gagasan Melayu, yang bersatu ini, PN, PAS, Pejuang. Kita harap banyak parti lain sedia bersama.

“Yang penting kesatuan pragmatik untuk memastikan kita boleh membentuk kerajaan,” katanya. @politik.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.






Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share