Laporan Ketua Audit: PAC Akan Panggil 3 Kementerian, 1 Agensi

KUALA LUMPUR , 24 Jul 25 – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil tiga kementerian dan sebuah agensi bagi menghadiri prosiding susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2025.

Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, prosiding itu akan memberi tumpuan kepada unsur penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran (3P) serta ketirisan (1P).

Dalam satu kenyataan, Mas Ermieyati berkata, kementerian tersebut adalah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Kewangan serta Felcra Berhad.

KKDW dan Felcra Berhad katanya dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung Pengurusan Perolehan Ladang Sawit oleh syarikat itu.

Manakala KPDN pula dipanggil untuk memberikan penjelasan berhubung pengurusan kawalan harga dan subsidi minyak masak dan Kementerian Kewangan pula membabitkan taklimat mengenai Tatakelola Jawatankuasa Perolehan Tender.

“PAC akan memberikan tumpuan kepada tajuk yang dikenal pasti mempunyai unsur 3P iaitu penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran serta 1K iaitu ketirisan.

“Tarikh prosiding dan taklimat bagi tiga tajuk berkaitan akan ditentukan kemudian,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata terdapat kelemahan tatakelola terhadap perolehan pajakan empat ladang sawit oleh Felcra Berhad membabitkan nilai RM241.76 juta antara 2022 hingga 2024.

Laporan juga katanya bagi mengenal pasti kelemahan pelaksanaan, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan program minyak masak bersubsidi oleh KPDN, khususnya kegagalan menyasarkan golongan penerima serta pelaksanaan kuota yang tidak efisien.

Kaedah Perolehan Pre-Q Terpilih yang diperkenalkan Kementerian Kewangan turut didapati mempunyai ruang manipulasi apabila syarikat tidak layak tetap dipilih ke peringkat akhir. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share