Pembelian Pesawat Boeing Keputusan Perniagaan, Tak Libat Wang Rakyat – Zafrul

KUALA LUMPUR, 3 Ogos 25 – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan bahawa pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) bukanlah pembaziran wang cukai rakyat, sebaliknya merupakan keputusan perniagaan strategik yang dirancang lebih awal dan dibiayai menggunakan dana syarikat.

Menurutnya, sebelum Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan sebarang tarif baharu terhadap barangan import, rancangan pembelian tersebut telah diumumkan pada Mac 2025

“Jadi, apa kaitan pembelian ini dengan rundingan tarif? Apabila AS mengenakan tarif, ia sebahagiannya disebabkan oleh defisit dagangan.

“Maksudnya, kita jual lebih banyak barangan ke AS berbanding membeli barang dari negara itu. Jadi AS cuba nak kurangkan defisit ini dengan mengenakan tarif yang tinggi, 25 peratus,” katanya dalam catatan beliau di platform X semalam.

Tambah beliau, pembelian tersebut bukan semata-mata untuk mengurangkan tarif. Sebalinya, pendekatan ini menunjukkan kepada AS bahawa Malaysia juga merupakan pembeli besar produk mereka dan pada akhirnya meyakinkan negara itu untuk menurunkan tarif eksport Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus.

“Strategi bijak ini adalah hasil perundingan yang teliti, memastikan kepentingan syarikat dan negara terpelihara,” katanya.

Baru-baru ini, banyak pihak mempersoalkan pembelian 30 buah pesawat boeing yang dianggarkan berniali USD 9.5 bilion. Beberapa pihak mempersoalkan samada ia menjadi salah satu syarat untuk mengurangkan tarif Amerika Syarikat kepada Malaysia.

Terdahulu, Amerika Syarikat (AS) mula mengenakan tarif 19 peratus terhadap Malaysia serta empat lagi negara anggota ASEAN berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman ini dibuat susulan kenyataan Washington pada 7 Julai lalu yang menetapkan tarif 25 peratus untuk produk Malaysia, namun kadar itu diturunkan kepada 19 peratus selepas rundingan bersama. @politko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share