PN Cadang Kerajaan Tubuh Syarikat Seperti Petronas Untuk Urus Nadir Bumi

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 25 – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan keperluan menubuhkan sebuah syarikat  menguruskan nadir bumi yang merupakan sumber kekayaan baharu negara.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, syarikat itu perlu dimiliki negara, seperti mana Petronas yang ditubuhkan untuk mengurus dan menyelia hal ehwal berkaitan proses cari gali petroleum dan gas.

“Kalau minyak kita ada Petronas, bagi sektor perlombongan unsur nadir bumi, PN mencadangkan penubuhan REE National Corporation (Reenas), sebuah syarikat milik negara yang menguruskan unsur nadir bumi demi kepentingan negara dan negeri,” kata Hamzah, ketika sesi perbahasan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Parlimen.

Jelas Hamzah, jika sebelum ini sumber kekayaan bijih timah kebanyakannya ditemui di kawasan pantai barat Semenanjung, kini nadir bumi banyak ditemukan di negeri-negeri diperintah pembangkang itu.

Namun begitu, wujud keperluan untuk sumber kekayaan baharu itu dieksploitasi tanpa mengambil kira pihak mana mentadbir negeri tersebut demi kepentingan negara.

“Kita harus bersyukur kepada Allah  kerana mengurniakan sumber nadir bumi sebagai sumber kekayaan baru negara.  

“Kalau dulu, bijih timah menjadi sumber kekayaan kepada negeri-negeri di Pantai Barat, hari ini REE ditemukan di negeri-negeri yang diperintah PN,” katanya.

“Maka, segala dasar yang perlu kita lakukan harus mengambil kira kekayaan bersama, sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri-negeri berkenaan khususnya Kedah, Terengganu dan Kelantan,” kata Ahli Parlimen Larut itu.

“Lakukan segera dan berikan keadilan kepada negeri-negeri yang mempunyai unsur nadir bumi.” @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share