Risiko Nepotisme Jika Izzah Tanding Timbalan Presiden, Kata Tian Chua

KUALA LUMPUR, 7 MEI 25 – Bekas naib presiden PKR Tian Chua menjangkakan cubaan menjadikan Nurul Izzah Anwar sebagai timbalan presiden berkemungkinan tidak direstui Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kebimbangan wujudnya amalan nepotisme dalam parti.

“Kemungkinan besar Anwar berasa ragu-ragu  untuk merestui Izzah bertanding timbalan presiden kerana ingin mejaga imej parti agar tidak dipandang mengamalkan nepotisme,” katanya, kepada politiko.my.

Chua turut menegur kepimpinan PKR negeri yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Izzah agar bertanding jawatan nombor dua parti itu, kerana tindakan itu hanya menajamkan perbalahan dalam kalangan akar umbi.

“Pemimpin berkempen secara terbuka (iaitu melalui media massa) hanya akan menajamkan perbalahan dan meningkatkan ketegangan.

“Sepatutnya kepimpinan tidak cuba mempengaruh sentimen akar umbi, biarkan anggota parti mengundi secara bebas dalam pemilihan. Tidak perlu buat kenyataan umum.

“Biarkan calon bertanding dengan suasana yang harmoni. PKR harus mengurangkan perselisihan dalaman semasa pemilihan ini supaya menyakin rakyat bahwa ianya parti pemerintah yang stabil dan matang,” katanya.

Chua juga berpandangan Nurul tidak memasang hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

“Secara peribadi saya rasa Nurul Izzah tidak berniat untuk bertanding timbalan. Setakat ini sudah ada dua orang berpotensi dicalonkan Rafizi (Ramli) dan (Datuk Seri) Saifuddin (Nasution Ismail).

“Namun sekiranya Izzah mempunyai keinginan yang kuat untuk mengambil alih kepimpinan tertinggi PKR, ini masanya untuk dicalonkan,” kata Chua lagi.

Jelasnya, Izzah harus diuji dengan membuktikan dirinya memiliki sokongan akar umbi. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share