Rafizi Percaya Anak Diserang Kerana Kelantangannya Bersuara

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 25 — Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli percaya serangan terhadap anaknya berikutan kelantangannya bersuara dalam beberapa isu.

Anak bekas menteri ekonomi itu didakwa diserang secara fizikal oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya petang semalam.

Dalam kenyataannya, Rafizi berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 1.45 petang ketika anak dan isterinya baru memasuki kereta untuk beredar dari lokasi tersebut dan anaknya ditarik secara tiba-tiba serta dicucuk dengan jarum suntikan.

Sejurus selepas polis tiba di lokasi kejadian, anak lelakinya di hantar ke Hospital Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor.

Hasil semakan awal mendapati, dua lelaki menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isteri saya sebelum insiden di mana kedua-duanya berpakaian serba hitam, bertopi keledar penuh yang menutup muka, dan dipercayai telah menunggu sebelum bertindak menyerang pada masa yang sesuai.

Rafizi percaya serangan ini adalah satu amaran kepadanya untuk tidak bersuara lantang dalam beberapa isu tertentu.

“Sepanjang saya menjadi seorang ahli politik berprofil awam, inilah kali pertama keluarga saya menjadi sasaran serangan dan ugutan seperti ini,” katanya.

Rafizi turut menegaskan tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas seperti biasa

Jelas Rafizi, beliau dan keluarganya telah memberikan keterangan kepada pihak berkuasa. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share