Gabungan Longgar Hanya Bermakna Dengan Keikhlasan, Kata Tian Chua

KUALA LUMPUR, 21 Ogos 25 — Bekas Naib Presiden PKR Tian Chua beranggapan gabungan longgar parti luar kerajaan yang diasaskan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya akan berjaya sekira 12 komponen di dalamnya benar-benar ikhlas.

Bekas ahli Parlimen Batu itu berkata, kelemahan gabungan longgar komponen dalam kerajaan dipimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini adalah tiada sifat saling hormat menghormati.

“Gabungan hanya menambah nilai dengan keikhlasan bersama. Gabungan adalah tanda menghormati prinsip perjuangan parti lain.

“Kelemahan PH kini, walau bergabung tapi kekurangan saling menghormati,” katanya, kepada politiko.my.

Aktivis politik itu menegaskan, setiap anggota gabungan seharusnya membina kerjasama atas sikap saling hormat menghormati prinsip masing-masing sekiranya bermatlamat untuk berjaya.

“Gabungan dengan parti lain tidak bermaksud parti sendiri lemah atau kurang relevan, semua parti ada kekuatan masing-masing.

“Gabungan sama ada longgar atau pakatan yang kuat, membantu menambah pengaruh untuk pembangkang,” kata Tian.

Terdahulu, Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berpandangan, gabungan longgar parti luar kerajaan seperti cuba menghakis imej PN yang dilihat cenderung dengan agenda Melayu, Islam namun sikap pemimpin di dalamnya masih lagi dengan naratif Melayu dan Islam yang tebal.

“PN kena buat keputusan nak mana. PN masih nampak terikat agenda Melayu, Islam. Kalau nak bawa semua kaum olahannya mesti sesuai,” kata Mazlan.

Ulasan Mazlan tersebut sebagai analisa daripada pengumuman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan penubuhan sebuah gabungan longgar terdiri daripada 12 parti pembangkang. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share