PAC Dedah Kelemahan DBKL: Sembilan Urusan Tanah Didapati Cacat

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 25 – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini mendedahkan kelemahan serius dalam pengurusan tanah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), apabila sembilan urusan tanah dikenal pasti mempunyai ketidakselarasan dan pelanggaran prosedur, lapor The Star.

Menurut Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, urus tadbir DBKL yang longgar membuka ruang kepada pembangunan tidak terkawal, sekali gus menjejaskan perancangan bandar raya. Kelemahan ini turut dikaitkan dengan kegagalan mematuhi sepenuhnya Pelan Tempatan Kuala Lumpur, termasuk projek yang dibenarkan tanpa penilaian menyeluruh.

“PAC mendapati wujud projek pembangunan yang diluluskan secara tergesa-gesa, tanpa penelitian terhadap kesannya kepada landskap bandar serta kepentingan awam,”

PAC menggesa DBKL supaya segera memperketat mekanisme semak dan imbang, sambil menekankan bahawa aset tanah awam mesti diuruskan secara telus dan tidak boleh dibiarkan menjadi ruang untuk penyalahgunaan kuasa.

Pendedahan ini sekali lagi menimbulkan persoalan mengenai integriti serta keupayaan DBKL dalam menguruskan sumber tanah yang semakin terhad di Kuala Lumpur. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share