Junjung Titah Tuanku, Pendirian PN Konsisten, Pembangunan Kg Baru Perlu Kekal Penduduk Asal

KUALA LUMPUR, 18 Sep 25 — Perikatan Nasional (PN) kekal dengan pendirian untuk pembangunan Kampung Baru harus mengambil kira kepentingan demografi penduduk asal kawasan itu

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, gabungan pembangkang turut menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya sebarang keputusan atau usaha pembangunan di Kampung Baru mesti mengambil kira kepentingan orang Melayu untuk waktu ini dan jangka masa panjang.

“Inilah jua pendirian ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional, yang mana kami telah suarakan secara tegas bahawa sebarang pembangunan di Kampung Baru harus mengambil kira kepentingan dan mengekalkan demografi asal penduduk di sana,” kata Hamzah dalam satu kenyataan.

Jelas Hamzah, titah Sultan Selangor itu memperlihatkan keprihatinan baginda terhadap keresahan serta suara hati rakyat dalam isu-isu yang melingkari perihal pembangunan Kampung Baru, terutamanya dalam konteks kelangsungan dan maruah orang Melayu.

Terkini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj bertitah supaya isu pembangunan semula Kampung Sungai Baru dan kawasan Kampung Baru di ibu negara ditangani secara teliti dan berhemah dengan mengutamakan kepentingan orang Melayu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Tubuh Majlis Presiden Untuk Kukuhkan PN, Kata Sumber PAS

"Kuasa pengerusi PN (terlalu) besar. Lantikan jawatan penting, contohnya Ketua Penerangan, kita tahu Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) tak berapa berfungsi. Termasuk juga pelantikan Bendahari, sekarang kosong lagi. Itu semua dilakukan pengerusi PN tanpa berbincang dengan presiden parti komponen.
Read More
Total
0
Share