Ada Pihak Cuba Persukar Proses Perletakan Jawatan Pengerusi PN – Ketua Pemuda PN

KUALA LUMPUR | 13 Jan 26 – Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), YB Afnan Hamimi, mendakwa terdapat pihak tertentu yang cuba menggagalkan proses mudah perletakan jawatan Pengerusi PN, walaupun surat rasmi perletakan jawatan telah diterima.

Menurut Afnan, langkah seterusnya adalah mengadakan mesyuarat khas PN untuk menerima dan mengesahkan perletakan jawatan Pengerusi, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PN.

“Mudah sahaja. Tak perlu berbelit-belit pun,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau menambah, Setiausaha Agung PN turut meletak jawatan, menyebabkan tugas memanggil mesyuarat kini dipangku oleh Timbalan Setiausaha Agung PN, yang bertanggungjawab memastikan proses mengikut tatacara perlembagaan dijalankan dengan betul.

“Yang berbelit-belit ni biasanya ada plan lain. Plan untuk gagalkan semua proses yang mudah tadi. Depa inilah punca masalah. Rakyat boleh tonton siapa yang sedang membelit. Mereka tak ramai. Mudah dikenali,” kata Afnan, sambil menekankan bahawa rakyat dapat melihat siapa yang cuba menghalang proses dalaman parti.

Malam tadi, mesyuarat Majlis Tertinggi BERSATU telah mengesahkan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share