Peguam Persoal Status Laporan Polis Terhadap Anwar, Farhash

KUALA LUMPUR, 20 Sep 25 – Peguam Rafique Rashid mempersoalkan status terkini berhubung laporan polis yang dibuat pada 12 Sept tahun lepas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak oleh Yusoff Rawther.

Maklumat tersebut adalah berhubung penahanan Yusoff Rawther atas dakwaan berkaitan dadah pada masa itu.

Dalam surat kepada Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Ismail, peguam itu berkata hak Yusoff akan terjejas sekiranya pihak berkuasa gagal menyiasat laporan tersebut.

“Kami ingin tahu sama ada terdapat sebarang kertas siasatan dibuka berikutan laporan itu, dan adakah Anwar dan Farhash telah dipanggil untuk memberikan kenyataan mereka?

“Apakah maklumat terkini penyiasatan (daripada laporan itu), dan kami mahu penjelasan jika tiada (maklumat terbaru),” kata Rafique dalam satu  kenyataannya.

“Hakim berkata (ketika membebaskan Yusoff) versi fakta anak guam kami, di mana dia mendakwa telah diperangkap, mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membentuk notis alcontara dan adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menyiasat versi fakta Yusoff,” tambah peguam itu.

Notis alcontara ialah maklumat yang diberikan kepada pihak berkuasa untuk menyokong versi fakta tertuduh untuk menggesa siasatan lanjut terhadap dakwaan mereka. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

MBIP Batal Lesen Network School

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan itu dibuat mengikut proses dan peruntukan undang-undang selepas penelitian terhadap laporan pemeriksaan, dapatan penguatkuasaan serta representasi yang dikemukakan oleh pihak syarikat.
Read More
Total
0
Share