Flotila Bantuan Tetap Berlayar ke Gaza, Italia Beri Amaran Risiko Tinggi

KUALA LUMPUR, 29 Sep 25 – Sebuah flotila bantuan antarabangsa yang dikenali sebagai Global Sumud Flotilla meneruskan pelayaran ke arah Semenanjung Gaza meskipun berdepan ancaman blokade laut Israel, lapor Reuters.

Aktivis dari pelbagai negara, termasuk rakyat Itali serta tokoh aktivis alam sekitar Greta Thunberg, dilaporkan menyertai misi tersebut. Mereka membawa bekalan kemanusiaan bagi rakyat Palestin yang terus berdepan krisis akibat serangan berterusan Israel.

Menteri Luar Itali, Antonio Tajani, memberi amaran bahawa tindakan flotila itu berisiko tinggi dan boleh mengundang bahaya kepada keselamatan aktivis yang terlibat. Beliau mencadangkan agar penghantaran bantuan dilakukan melalui saluran alternatif yang lebih selamat, termasuk pelabuhan di Cyprus.

“Laut di kawasan itu sangat berbahaya. Cara terbaik ialah menyalurkan bantuan melalui mekanisme yang telah dipersetujui, bukan dengan mencabar blokade ketenteraan,” kata Tajani seperti dipetik Reuters.

Bagaimanapun, penganjur flotila menegaskan bahawa misi mereka adalah bentuk solidariti antarabangsa dan bertujuan memberi tekanan politik agar sekatan ke atas Gaza ditamatkan.

Misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang menuju ke Semenanjung Gaza kini berada kira-kira 463 batu nautika dari wilayah pengepungan  rejim Zionis Israel, sekitar 3 hari pelayaran ke destinasi. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share